Dengan Mengingati Allah... Hati Kan Menjadi Tenang...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 15, 2009

Thursday, November 12, 2009

Kisah Benar : Gadis Terlampau!!!



Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.



Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki……’ nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri… Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis… Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah swt sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Saturday, October 17, 2009

Taubat Seorang Hamba





Taubat Seorang Hamba
: Irsyadee Feat Hafiz Hamidun



(Part Hafiz)

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...


(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Tuesday, October 13, 2009

Himpunan Hadis

1. Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialah "Alhamdulillahi Rabbil A'lamin.
2. Fatihatul Kitab (Al-Fatihah) adalah sama dengan dua pertiga Al-Quran.
3. Kecelakaan keatas sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi sebaliknya tidak memerhati dan memikirkan maksud serta tujuannya.
4. Sesungguhnya orang yang paling utama diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.
5. Bacalah Al-Quran, kerana ia akan memberi syafa'at kepada orang yang membacanya.
6. Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran
7. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan tali silaturrahim.
8. Berdoalah kepada Allah dan yakin akan termakbul doa itu.
9. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai dan main-main.
10. Mimpi seorang mukmin itu adalah sebahagian dari 40 bahagian kenabian.
11. Sesungguhnya Allah itu tunggal. Dia suka pada yang ganjil, maka kerjakanlah solat witir wahai Ahlil Quran.
12. Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan.
13. Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik ganjarannya daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya.
14. Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka.
15. Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum asar.
16. Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya.
17. Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu, pangkat kamu, tetapi Dia melihat hati kamu dan amal kamu.
18. Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya jika tidak hendaklah kamu merasakan bahawa Allah melihat kamu.
19. Sesiapa yang lupa mengerjakan solat atau tertidur daripada mengerjakannya, maka penebusnya hendaklah dia melakukannya apabila teringat akan solat yang tertinggal itu.
20. Sesungguhnya yang membezakan antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat.
21. Tiada ertinya solat bagi orang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid.
22. Janganlah kamu larang wanita-wanita ke masjid, tetapi rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka untuk beribadah.
23. Jika seseorang itu meninggal dunia dengan beriman, maka dia mati dengan keredhaan Allah.
24. Sesiapa yang mempunyai rambut, maka hendaklah memuliakannya.
25. Allah melaknat kaum perempuan yang menyerupai kamu lelaki dan sebaliknya kaum lelaki yang menyerupai kaum perempuan.
26. Allah melaknat orang yang memakai rambut palsu dan orang yang meminta dipakaikan rambut palsu
27. Apabila anda masuk ke tempat tidur hendaklah baring, berwudhuklah sebagaimana wudhuk untuk solat.
28. Apabila seseorang antara kamu telah bersetubuh dengan isterinya kemudian ingin mengulangi semula, maka hendaklah dia berwudhuk.
29. Berwudhuklah kamu kerana makan makanan yang disentuh api.
30. Bersugi itu membersihkan mulut, mendapatkan keredhaan Ilahi dan mencerahkan mata.
31. Lakukanlah solat sebagaimana kamu lihat aku solat
32. Orang yang telah bertaubat daripada dosa itu nescaya dirinya bersih seperti orang yang tidak mempunyai dosa.
33. Akhlak buruk itu merosakkan amal sebagaimana cuka merosakkan madu.
34. Solat itu mi'raj bagi seorang mukmin.
35. Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
36. Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya.
37. Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum asar.
38. Tidak akan kecewa bagi siapa yang beristikharah.
39. Tidak akan menyesal bagi siapa yang suka berunding.
40. Tidak akan kesempitan bagi siapa yang berjimat.
41. Siapa kekal mengerjakan solat Dhuha tiap hari, diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
42. Islam dibina atas lima perkara: Menyembah Allah dan mengkafiri lainNya, mendirikan solat, membayar zakat, haji ke Mekah dan Puasa Ramadhan.
43. Barangsiapa mati dalam keadaan dia yakin bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, maka dia masuk syurga.
44. Belum sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai bagi saudaranya atau bagi jirannya, apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.
45. Tidak akan dapat masuk syurga, orang yang tidak membuat jirannya merasa aman dari perangainya yang tidak senonoh.
46. Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila dipercayai ia khianati.


Saturday, October 10, 2009

Jika Aku Jatuh Hati...



Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamani...

Friday, October 9, 2009

Muhasabah Cinta




Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Back to Reff.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang...



Ya Illahi...
Syukurku panjatkan kepadaMu...
Telah Kau berikan peluang kepadaku sekali lagi...
Peluang untuk kembali mencari...
Mencari cintaMu nan suci...

Ya Rabbi...
Kembalikanlah hati ini
Setelah seketika...
Aku hampir terleka...
Dengan kehidupan dunia fana yang penuh alpa...

Ya Rabbul 'Izzati..
Ampunkan diriku ini...
Pimpinlah aku...
Untuk mencari sinar cahaya cinta Mu...
Agar aku bisa menongkah arus kehidupan duniawi...
Yang semakin membelenggu kehidupan insani kini...

Ku harap...
Kali ini...
Aku tidak akan berpaling lagi...
Berpaling dari mencari redhaMu...
Pandulah...
Pimpinlah...
Tuntunlah hati ini...
Agar kembali teguh dan utuh...
Dalam mencari cintaMu...
Ya Illahi...


.:: NUR INSANI ::.